TAJUK 14-16( PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA, SEKOLAH DAN PERSEKITARAN, PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN)

 Disediakan oleh: PHIL BRESLEY ANAK BALONG (D20212099095)


BAB 14 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


PENGENALAN:

    Menurut Adam Salleh (2003) menyatakan pendidikan merupakan hak asasi bagi semua manusia. Semua manusia atau insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mencari ilmu pengetahuan. Begitu juga dengan individu yang kurang upaya ini, mereka juga pastinya mempunyai minat untuk belajar. Malah pelajar kurang upaya ini sepatutnya tidak disisihkan daripada menerima dan mendapat pendidikan kerana mereka juga mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam pendidikan. Terdapat daripada golongan kurang upaya ini mempunyai kecerdasan otak yang setanding dengan individu yang normal dari segi fizikal dan mental. Pengurusan murid pelbagai upaya ini merupakan suatu pendidikan yang mengguakan kaedah-kaedah khusus yang sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas serta membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar berkeperluan khas ini. Oleh itu, pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan Khas merupakan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas ini juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.

ISI KANDUNGAN:

πŸ’«KATEGORI MURID BERKEPERLUAN KHASπŸ’«



πŸ’«4 ASPEK DALAM PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYAπŸ’«


RUMUSAN:

    Sebagai kesimpulan, murid pelbagai upaya merupakan murid yang memerlukan teknik pengajaran yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistik dan peluang yang sesuai untuk mereka mencapai potensi mereka. Justeru itu, guru pendidikan khas perlulah merancang atau mengenalpasti bagi pengurusan pembelajaran yang berkesan dan cekap serta menggunakan kaedah pembelajaran yang bersesuaian mengikut keupayaan murid itu. Oleh itu, topik pengurusan murid pelbagai upaya ini dapat memberi perincian terhadap peranan guru pendidikan khas dalam mengendalikan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kecerdasan, pemulihan khas, dan pendidikan khas. Pengurusan yang sistematik dan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kognitif murid-murid tersebut dapat menghasilkan pembelajaran yang berkualiti.


BAB 15 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


PENGENALAN

   Sekolah merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan pendidikan kepada pelajar dan merujuk sesiapa sahaja yang belajar di situ. Sekolah juga merupakan tempat untuk mengajar dan belajar serta tempat untuk memberi dan menerima pendidikan formal. Sekolah dianggap sebagai pusat penyebaran dan menimba ilmu kepada anak-anak yang bermula dari prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Peringkat prasekolah adalah bagi kanak-kanak yang berusia 5 hingga 6 tahun. Peringkat sekolah rendah pula bagi kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun. Sekolah menengah pula terdiri daripada remaja yang menenerima pendidikan di sekolah dari usia 13 hingga 19 tahun.

    Persekitaran membawa maksud kawasan di sekeliling bagi suatu tempat. Persekiraran sekolah merujuk kepada suasana yang terdapat di dalam sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah amatlah mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah dari aspek akademik, sukan dan kokurikulum. Persekitaran di sekolah terbahagi kepada dua iaitu perseiktaran fizikal dan persekitaran psikososial.

1. Persekitaran Fizikal - kemudahan atau peralatan yang dibekalkan oleh pihak sekolah

  • bilik darjah
  • papan tulis
  • bahan pembelajaran
  • kerusi dan meja
  • ruang atau sudut pembelajaran.

2. Persekitaran psikososial - hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya

  • suasana selesa dan mesra
  • bebas daripada ancaman
  • suasan yang merangsang pembelajaran
  • menggalakkan pembelajaran yang koperatif
  • memberi peluang yang sama kepada semua murid


ISI KANDUNGAN:

1. CIRI-CIRI IKLIM PERSEKITARAN SEKOLAH YANG KONDUSIF:

a) Ruang Fizikal - Ruang fizikal di sekolah juga merangkumi susun atur dan susuna meja     dan penenmpatan meja dan kerusi di dalam kelas. Ruang fizikal yang kondusif dan ceria     dapat memberikan motivasi kepada pelajar serta mewujudkan suasana pembelajaran yang     positif dan menarik.

b) Sikap hormat menghormati antara guru dan murid - Bagi mewujudkan suasana    yang harmoni dan aman di sekolah guru dan pelajar perlu menghormati antara satu sama     lain agar tidak berlakunya konflik antara guru dan murid. Pergaulan antara guru dan            murid perlulah mempunyai batasnya.

c) Iklim dan budaya bilik darjah - Iklim dan budaya bilik darjah merujuk kepada suasana di dalam kelas. Guru memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana kelas yang menarik dan menceriakan dengan interaksi yang berlaku di dalam kelas. Guru boleh menarik perhatian murid dengan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran abad ke 21.

2. HUBUNGAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT

  • Sekolah adalah satu sistem sosial yang tersendiri serta menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran.
  • Jalinan interaksi antara sekolah dan masyarakat membentuk kerjasama yang membawa kebaikan bersama.
  • Sekolah mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat.
  • Sekolah sebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak luar

3. PERANAN SEKOLAH KEPADA MASYARAKAT
    
    Terdapat pelbagai peranan sekolah kepada masyarakat antaranya sekolah memainkan  peranan yang penting bagi memberikan akses pendidikan kepada masyarakat terutamanya golongan muda. Dalam hal ini, sekolah berperanan amat penting dalam memberi peluang kepada golongan muda untuk menimba ilmu. Di sekolah murid-murid dapat mempelajari pelbagai cabang ilmu yang boleh dimanfaatkan mereka kelak. Oleh itu, sekolah memainkan peranan yang amat besar dalam pemupukan ilmu pengetahuan dalam diri masyarakat.


RUMUSAN: 

    Sebagai kesimpulan, sekolah dan persekitaran sangat berkait rapat dan penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Sekolah sebagai tempat kepada para pelajar untuk menerima ilmu serta kepada untuk menyampaikan ilmu perlulah berada dalam keadaan yang harmoni dan teratur.
Persekitaran yang lengkap dari segi fizikal dan psikososial dapat meningkatkan minat pelajar untuk belajar dalam suasana yang kondusif dan selesa. Selain itu, isu-isu pendidikan semasa yang timbul juga perlulah diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak-pihak yang berkuasa bagi memastikan permasalahan tersebut tidak akan berterusan dan memberikan kesan negatif kepada mana-mana pihak.


BAB 16 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


PENGENALAN:

    Pengurusan merupakan proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Menurut Lee Shok Mee (1993) menyatakan alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. Menurut Noraisah Ibni Qasim, pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik minat pelajar terhadap pengajaran tersebut.

ISI KANDUNGAN:

1. Prosedur sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran

a) Prosedur sebelum pengajaran dan pembelajaran :




b) Prosedur semasa pengajaran dan pembelajaran :



c) Selepas proses pengajaran dan pembelajaran :


2. Refleksi 



RUMUSAN

    Secara kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran yang cekap, efektif dan teratur adalah faktor kerjayaan dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan efisien. Oleh itu, setiap langkah yang dihasilkan dan dirancang oleh guru perlulah strategi yang betul bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang diinginkan. Tuntasnya, setiap pengurusan alam pembelajaran akan melibatkan proses sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan matlamat dan objektif proses pengajaran dan pembelajaran tercapai.













Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 1-4 (Sosiologi, Teori Asas Sosiologi Pendidikan, Sosiologi Pendidikan dan Pembelajaran, Interaksi dalam Pembelajaran)

TAJUK 5-7 (Multidisiplin dalam Pembelajaran, Organisasi dan Kepimpinan, Pengurusan Murid)