TAJUK 8-10 (Pengurusan Bilik Darjah, Pengurusan Sumber, Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran)

 Disediakan oleh: Ahmad Mushraf Arasy Bin Mustahid (D20212099071)






TAJUK 8: PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGENALAN
Semasa di sekolah, para guru menghabiskan sebahagian besar masa mereka di dalam bilik darjah. Besar kemungkinan ada yang akan mengatakan bahawa bilik darjah ialah bilik guru mengajar dan murid belajar. Itulah gambaran paling mudah tentang bilik darjah. Ia merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah yang terdiri daripada guru dan sekumpulan pelajar dalam lingkungan umur yang sama dan mempunyai matlamat dan harapan yang sama. Menurut Akta Pendidikan, murid atau pelajar merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran sebab ia boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal dalam bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Susunan fizikal bilik darjah boleh memberi sumbangan dari segi kawalan, pembelajaran, perhubungan guru dan murid, murid dengan murid dan keseronokan bekerja bersama-sama. 
            Pengurusan bilik darjah adalah satu proses untuk memastikan pelajaran dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar walaupun pada masa yang sama berlaku gangguan daripada tingkah laku murid.  Ramai yang mengatakan pengurusan bilik darjah merupakan aspek yang paling sukar. Malah Maskowitz dan Hayman (1976) pernah menyatakan sekali guru kehilangan kawalan ke atas bilik darjah, akan menjadi lebih sukar untuk dapat dikawal semula. Secara umumnya pengurusan bilik darjah boleh diumpamakan seperti “pengorkestraan kehidupan dalam bilik darjah dengan merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun atur persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar, dan menjangka kemungkinan masalah.” Lemlech (1988). Namun begitu pengurusan bilik darjah yang berkesan dan berjaya menurut Anderson (1989) ialah tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran dan meminimumkan tingkah laku pelajar yang menganggu tugas guru dan pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang efisien.


ILMU MENGURUS BILIK DARJAH




PRINSIP-PRINSIP UNTUK MEMASTIKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Prinsip yang pertama ialah seseorang guru itu perlu melakukan perancangan dalam pengajaran. Oleh kerana pengajaran merupakan satu proses, jadi ia perlu melalui beberapa fasa atau peringkat yang berurutan yang biasanya dibentuk dalam rancangan pengajaran tahunan. Proses pengajaran dimulakan dengan set induksi iaitu peringkat awal pengajaran. Pada peringkat awal ini, seseorang guru itu perlu merancang dan memikirkan apa yang hendak diajarkan di dalam bilik darjah nanti. Apabila sudah mengenal pasti topik apa yang hendak diajar, guru tersebut perlu mencari maklumat atau bahan-bahan pengajaran sama ada melalui pembacaan buku, jurnal, tesis ataupun dengan melayari internet.
Setelah memperoleh bahan-bahan pengajaran yang diingini, guru tersebut perlu memahami dan mahir dalam topik tersebut. Seterusnya diikuti pula dengan perkembangan isi yang mana guru akan mempraktikkannya kepada murid-murid dengan membuat aktiviti berkumpulan untuk berbincang mengenai topik tersebut. Pada peringkat ini, ia akan menguji tahap kreativiti dan kecergasan murid-murid dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Proses pengajaran diakhiri dengan penutup yang menarik dan kreatif misalnya nyanyian yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi ingatan murid terhadap pelajaran yang telah disampaikan oleh guru.
Prinsip yang kedua pula ialah isi pelajaran yang disampaikan oleh guru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman murid. Sesuatu pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru kadang kala kurang mendatangkan kesan kepada murid- murid sekiranya sesuatu topik pelajaran itu tidak berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka. Oleh hal yang demikian, sesuatu pelajaran itu akan lebih bermakna jikalau guru mengaitkannya dengan pengalaman dan pengetahuan yang telah ada pada mereka. Dengan itu, setiap kali guru mengajar sesuatu topik, seharusnya guru tersebut memastikan bahawa isi pelajaran perlu disertakan dengan contoh- contoh yang telah mereka alami. Oleh itu, isi pelajaran akan menjadi lebih mudah difahami.
Prinsip yang ketiga ialah guru perlu mengambil berat tentang perbezaan seseorang individu. Pengajaran yang baik hendaklah mengambil kira soal perbezaan antara seseorang murid tersebut. Hal ini kerana setiap murid mempunyai keupayaan dan latar belakang yang berbeza. Di dalam bilik darjah, kumpulan murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pandai, sederhana dan lemah. Manakala dari aspek latar belakang, terdapat murid yang lahir dari golongan kaya, sederhana dan miskin. Dalam hal ini, guru perlu sedar bahawa guru tidak boleh menggunakan corak dan kaedah pengajaran yang sama bagi semua murid. Pengetahuan yang tinggi terhadap seseorang murid adalah penting bagi membantu guru memahami kehendak dan keperluan murid yang berbeza ini. Hasilnya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna seterusnya mencapai objektif yang ingin disasarkan.
Prinsip yang keempat ialah seseorang guru itu perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran. Dalam proses penyampaian pelajaran tidak ada kaedah tertentu yang sesuai untuk digunakan pada setiap masa. Oleh kerana itu, guru perlu kreatif memilih kaedah pengajaran supaya murid- murid tidak berasa bosan dan jemu dengan teknik pengajaran guru. Teknik pengajaran yang paling kreatif dan berkesan adalah dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM). Alat Bantu Mengajar ini sangat berkesan digunakan pada alaf ini sejajar dengan negara yang semakin canggih dan maju ini. Dengan adanya Alat Bantu Mengajar ini, secara tidak langsung akan menarik perhatian murid-murid untuk belajar dan seterusnya merangsang minda mereka.
Prinsip yang kelima iaitu prinsip yang terakhir ialah guru perlulah memastikan murid-murid bergiat aktif dalam proses pembelajaran. Di dalam proses pengajaran, guru hendaklah melibatkan murid-murid untuk menjadikan mereka aktif dari segi mental dan juga fizikal sepanjang masa dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran. Dalam kebanyakan situasi pembelajaran, murid-murid akan belajar dengan lebih baik lagi kalau mereka melakukan aktiviti jasmani sambil menumpukan kepada aktiviti- aktiviti mental. Misalnya, melalui mata pelajaran Sains, murid-murid perlu melakukan amali terhadap sesuatu topik dalam mata pelajaran Sains tersebut selain hanya mendengar penerangan daripada guru sahaja. Oleh yang demikian, dapat dilihat murid- murid yang aktif dalam bilik darjah akan mendapat keputusan peperiksaan yang baik berbanding murid-murid yang hanya pasif di dalam bilik darjah.


TAJUK 9: PENGURUSAN SUMBER

 


FUNGSI PENGURUSAN SUMBER

  • Menyediakan dan mempromosi bahan bacaan dan sumber yang berkualiti.
  • Berperanan sebagai tempat untuk memperkembangkan kurikulum dan kokurikulum institusi       pendidikan.
  • Sebagai pusat interaksi di antara guru dan pelajar – pelajarnya.
  • Sebagai tempat penerangan, penyebaran maklumat serta sumber dan tempat untuk memperolehi alat dan bahan pelajaran dan pengajaran.
  • Tempat menganjurkan aktiviti galakkan membaca, pameran, pertandingan akademik dan sebagainya.
  • Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum
  • Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran
  • Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan
  • Pintu masuk maklumat dari agensi luar
  • Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum
  • Penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat
  • Pemgembangan kemahiran pembelajaran kendiri
  • Penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan
  • Penyedia perkhidmatan reprografi dan rakamsalin


CIRI-CIRI PENGURUSAN SUMBER

  • Pengenalan pengurus pss kepada pelajar. Hal ini boleh dilihat melalui kekerapan pelajar-pelajar itu berkunjung ke pusat sumber
  • Pusat sumber yang berkesan ini dapat dilihat dengan pelbagai aktiviti dilakukan untuk mengalakkan pelajar-pelajar menggunakan pusat sumber. 
  • Penggunaan perkhidmatan dan koleksi bahan di dalam pusat sumber dijadikan sebagai alat bantuan mengajar bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
  • Seperti contoh, guru dan pelajar sentiasa menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam pusat sumber bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Lokasi pusat sumber yang strategik juga dapat memberikan galakkan kepada pelajar-pelajar untuk berkunjug ke pusat sumber.
  • Kedudukan pusat sumber yang jauh dari bilik darjah menyebabkan pelajar-pelajar berasa malas untuk ke pusat sumber tersebut. Keberkesanan pusat sumber ini juga dapat dilihat
  • Jumlah kekerapan pelajar-pelajar datang berkunjung ke pusat sumber. Hal ini dapat dilihat melalui kedatangan pelajar yang sering berkunjung ke pusat sumber tersebut melalui jumlah peminjam buku.  





TAJUK 10:
STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH

Kini, kebanyakan ibu bapa berasa teknik guru mengajar di sekolah telah memainkan peranan yang penting dalam pelajaran anak-anaknya. Sebenarnya, strategi mengurus bilik pembelajaran juga penting kepada pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana suasana dan persekitaran yang ceria mampu membantu pelajar dalam pembelajaran mereka. Strategi ini juga mampu membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
            Menurut kepada Morrisey, strategik merupakan satu proses untuk menentukan arah yang harus dituju oleh suatu perusahaan supaya dapat tercapai segala misi. Bagi definisi pengurusan pula, menurut kepada Stoner, beliau mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Maksud bilik pembelajaran pula ialah satu tempat bagi pelajar berkumpul dan memperoleh pengetahuan daripada guru. Akhir sekali, menurut kepada Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, pengurusan bilik darjah bermaksud kemahiran guru menggunakan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan menguruskan tingkah laku pelajar dalam menyediakan suatu iklim pembelajaran yang sesuai. Strategi mengurus bilik pembelajaran ini boleh dibahagi kepada tiga bahagian iaitu unsure fizikal bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah dan mengurus iklim pembelajaran positif.

Unsur Fizikal Bilik Darjah
Jenis Bilik Darjah

i)    Bilik Darjah Tradisi
      ii) Bilik Darjah KBSR dan KBSM
      iii) Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas (KBSM)
      iv) Bilik Darjah Terbuka

       
Penyusunan Bilik Darjah

 ➤Meja guru perlu diletak di hadapan kelas supaya semua pelajar dapat menfokus kepada guru yang sedang mengajar di hadapan.
 ➤ Meja pelajar perlu bertentangan dengan arah meja guru supaya guru mampu sentiasa memastikan pelajar-pelajarnya belajar dengan bersungguh-sungguh.
 ➤ Papan hitam perlu diletak di dinding hadapan kelas kerana semua pelajar senang untuk menghadap ke papan hitam.
 ➤ Dua pasang pintu wajib dibina bagi setiap bilik darjah supaya ia dapat memudahkan pergerakan pelajar apabila berlaku kes kecemasan.
 ➤  Tingkap perlu dibina di dinding kiri dan dinding kanan kelas supaya udara sentiasa mengalir dan pelajar mampu menghisap udara yang segar. Ini mampu membantu pelajar belajar dengan lebih semangat dan berkesan.
 ➤ Almari perlu disusun di belakang bilik darjah supaya ia tidak menghalang penglihatan pelajar semasa belajar dalam bilik darjah.


Pengurusan Bilik Darjah
-    Pengurusan bilik darjah yang baik akan mewujudkan bilik darjah yang efektif dan berkesan.

➤ Rutin bilik darjah:
Menjimatkan masa dan tenaga.
Menimbulkan rasa tanggungjawab, perasaan seronok serta bekerjasama di kalangan pelajar.

➤Menyimpan rekod
Satu cara merekod, mengelas dan mentafsirkan data setiap pelajar. Maklumat yang direkod ini mampu diguna untuk menilai kejayaan atau kegagalan seseorang guru terhadap objektif pengajarannya.
Rekod tersebut mesti digunakan, boleh diperoleh dengan mudah, lengkap dan menyatakan perkara yang benar.

➤ Klasifikasi sumber pembelajaran
Sumber pembelajaran boleh dibahagi kepada 4 jenis iaitu sumber asas, sumber bukan elektronik, sumber elektronik dan sumber yang bercorak pengalaman.




















Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 1-4 (Sosiologi, Teori Asas Sosiologi Pendidikan, Sosiologi Pendidikan dan Pembelajaran, Interaksi dalam Pembelajaran)

TAJUK 5-7 (Multidisiplin dalam Pembelajaran, Organisasi dan Kepimpinan, Pengurusan Murid)