TAJUK 5-7 (Multidisiplin dalam Pembelajaran, Organisasi dan Kepimpinan, Pengurusan Murid)

 Disediakan oleh: DESMOND WONG PING LUK (D20212099064)


PENGURUSAN PEMBELAJARAN

TAJUK 5: MULTIDISIPLIN DALAM PEMBELAJARAN
πŸ’¦PENDAHULUANπŸ’¦
πŸ’§Menurut kamus dewan edisi keempat, multidisiplin merujuk kepada kata makna lain bagi disiplin yang pelbagai. Di dalam skop multidisipli dalam pengurusan pembelajaran, ia boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. 
πŸ’§Hal ini kerana pembelajaran merangkumi aspek pelajar, guru, sekolah, ibu bapa, persekitaran dan masyarakat. Namun dalam aspek pembelajaran, multidisiplin boleh dikaitkan dengan disiplin dalam bilik darjah.
πŸ’§Konsep disiplin mengikut P.F Olivia (1956) disiplin merujuk kepada kawalan diri,kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan bilik darjah yang teratur, kursus pengajian yang sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman. 
πŸ’§Kepentingan disiplin ialah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil , liberal dan progresif. 
πŸ’§Isu-isu disiplin adalah pekara normal yang berlaku di kalangan pelajar yang bertingkah laku liar dan agresif. Hal ini kerana ketika berada di alam remaja, pada tahap ini perasaan remaja penuh dengan perasaan memberontak, dan rasa ingin mencuba yang tinggi. 

πŸ’¦ISI KANDUNGANπŸ’¦
πŸ’§Isu-isu Disiplin di Sekolah

πŸ’§Faktor Berlakunya Isu Disiplin di Sekolah

πŸ’§Kesan Berlakunya Isu Disiplin di Sekolah

πŸ’§Cara Mengatasi Isu Disiplin di Sekolah

πŸ’¦RUMUSANπŸ’¦
πŸ’§Multidisplin sangat penting kepada golongan pendidik dan juga murid. 
πŸ’§Adalah sangat ditekankan tentang multidisiplin dalam pengurusan pembelajaran. Iaitu, boleh dikatakan terdapat banyak dan kepelbagaian disiplin yang boleh dikaitkan dengan pengurusan pembelajaran. 
πŸ’§Bagi mewujudkan satu badan yang baik dan sistematik, adalah tidak dapat dispisahkan dengan adanya undang-undang dan disiplin yang dipatuhi. 
πŸ’§Oleh itu, sememangnya aspek disiplin dapat dilihat di dalam semua bahagian, sebagai contoh, pengurusan pembelajaran harian, bilik darjah dan pelajar.

πŸ’¦PAUTAN ISU-ISU SEMASAπŸ’¦
πŸ’§Kes buli MRSM Kuala Kangsar: 10 pelajar ditamatkan pengajian - KP Mara
πŸ’§Disiplin pelajar: Ibu bapa perlu tahu peraturan
πŸ’§JPNT berjaya tangani jenayah di kalangan pelajar
πŸ’§Perlu ada tindakan bersesuaian atasi buli dalam kalangan pelajar

πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦

TAJUK 6: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
πŸƒPENDAHULUANπŸƒ
🌱Organisasi bermaksud kesatuan (susunan dan sebagainya) yang terdiri daripada bahagian-bahagian, orang dan lain-lain dalam sesuatu pertubuhan, perkumpulan, perbadanan, untuk tujuan-tujuan tertentu seperti kepentingan bersama dan sebagainya. 
🌱Kepimpinan bermaksud suatu tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan sesuatu
organisasi. Individu yang memimpin tersebut boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu organisasi.
🌱Tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan sesebuah organisasi tidak boleh dipisahkan dengan aspek kepimpinan. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam sesebuah organisasi mesti terdiri daripada dua jenis golongan iaitu golongan yang memimpin dan golongan yang dipimpin. 
🌱Contohnya, organisasi dalam sesebuah sekolah yang terdiri daripada Pengetua sebagai Ketua Pentadbir dan dibantu oleh beberapa Penolong Guru Kanan, guru-guru yang lain serta staf sokongan.
🌱Dalam organisasi pendidikan, individu yang terlibat terdiri daripada beberapa golongan iaitu pelajar, guru, pentadbir dan kakitangan sekolah. Setiap individu yang terlibat mempunyai fungsi dan peranan masing-masing dan mempunyai kepimpinan lagi bagi mencapai matlamat hala tuju pendidikan. 

πŸƒISI KANDUNGANπŸƒ
🌱Contoh Carta Organisasi Sekolah

🌱Jenis-jenis Gaya Kepimpinan

🌱Konsep Kepimpinan Pengajaran & Kepimpinan Bilik Darjah

🌱K
epimpinan Pengajaran
🍁Ia juga dikenali sebagau gaya kepimpinan instruksional iaitu satu proses yang memerlukan usaha, komitmen, kemahiran, dan kebolehan guru untuk meningkatkan prestasi dan memperbaiki kelemahan pelajar. 
🍁Kepimpinan guru dalam pengajaran juga merangkumi semua bentuk dan menterjemah pandangan ke dalam pelajaran formal dengan mengoptimumkan semua sumber yang ada. 
🍁Kepimpinan pengajaran ini boleh dicapai melalui strategi perancangan pendidikan dan pengalaman mengajar. 
🍁Dalam proses pengajaran, pelbagai kaedah pengajaran boleh diguna pakai dalam proses pengajaran mengikut situasi tertentu, termasuk pengajaran berpusatkan guru, pengajaran berpusatkan pelajar dan pengajaran berpusatkan bahan bantu mengajar.

🌱
Kepimpinan Bilik Darjah

🌱Ciri-ciri Guru Berkepimpinan Berkesan

πŸƒPENDAPAT SENDIRIπŸƒ

πŸƒRUMUSANπŸƒ
🌱Kesimpulannya, kepimpinan dan organisasi amat penting bagi membangunkan sesebuah organisasi.
🌱Gaya kepimpinan yang sesuai digunakan ialah gaya kepimpinan demokratik kerana setiap individu
berpeluang untuk menyatakan pandangannya terhadap sesuatu isu serta gaya pengajaran yang sesuai
digunakan perlulah ditentukan dengan mengambil kira akan situasi dan persekitaran para pelajar. 
🌱Jika tidak ini akan menjadikan suasana pembelajaran tidak berkesan. Oleh hal demikian, dapatlah kita simpulkan bahawa seorang guru itu perlulah memastikan setiap kaedah yang digunakan adalah mampu dilakukan dengan jayanya agar ilmu yang cuba disampaikan dapat diperoleh oleh para pelajar. 

πŸƒPAUTAN ISU-ISU SEMASAπŸƒ
🌱Lebih 10,000 guru di Jepun alami masalah mental
🌱PBS perlu diperkasakan lebih profesional
🌱Guru sebagai Pemecah Semua Masalah Siswa, Kenapa Tidak?

πŸƒRUJUKANπŸƒ
🌱Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abd. Aziz & Mohammed Zohir Ahmad. (2008). Gaya-gaya kepimpinan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 
🌱Baharuzaini Baharin, Muhammad Hisham Adnan, Mohd Hanif Mohd Zin, Mohd Norhisyam Kamaludin & Azlin Norhaini Mansor. (2016). Gaya Kepimpinan Guru Besar Dan Tahap Efikasi Guru, Journal of Personalized Learning, 2(1), 9 - 17. 
🌱Fatin Nur Aqashah Binti Adnan. (July, 2017). Topik 2 : Interaksi dan Pembelajaran. Diperoleh daripada https://thecikguu.blogspot.com/p/interaksi-danpembelajaran.html Nashrillah Mg. (2017). 

πŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒ

TAJUK 7: PENGURUSAN MURID
🌍PENDAHULUAN🌍
🌈Pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.
🌈Murid atau peserta didik adalah orang yang mempunyai potensi asas, yang perlu dikembangkan melalui pendidikan, baik secara fizikal mahupun mental, baik pendidikan itu di lingkungan keluarga, sekolah maupun dilingkungan masyarakat di mana kanak-kanak tersebut berada.
🌈Pengurusan murid merupakan suatu proses mengendalikan sama ada manusia atau fizikal dengan
tujuan mencapai matlamat & objektif pada tahap yang memuaskan. 
🌈Proses-proses berkaitan perancangan kerja program bagi murid secara berkesan, pengelolaan murid dan pengawalan, penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi. 
🌈Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.

🌍ISI KANDUNGAN🌍
🌈Aspek Proses Pengurusan Murid

🌈Komponen Pengurusan Murid



🌍RUMUSAN🌍
🌈Sebagai kesimpulannya, pengetahuan dan kemahiran mengurus merupakan satu keperluan profesionalisme yang perlu dipertingkatkan dalam kalangan guru untuk kepentingan bukan sahaja kepada diri juga kepada para murid. 
🌈Oleh itu, penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. 
🌈Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuan dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian. 
🌈Sehubungan itu, guru-guru juga perlu mempercayai kebolehan semua pelajar dan tidak seharusnya mengabaikan pelajar-pelajar yang lemah. Kepercayaan guru terhadap pelajar mampu memberikan semangat kepada semua pelajar untuk terus berusaha dalam pelajaran. 
🌈Oleh itu, bimbingan, penasihatan dan mentoring merupakan kaedah yang boleh digunakan untuk membantu pelajar dalam aspek-aspek pembelajaran dalam kehidupan. 

🌍PAUTAN ISU-ISU SEMASA🌍
🌈Many school students lack basic knowledge, motivation to learn
🌈‘Future Selves’ and Helping Others: What Motivates Students to Engage in School
🌈Motivasi Belajar Tinggi Kunci Sukses Seorang pelajar

🌍RUJUKAN🌍
🌈Abdul Razak Idris & Mohd Fitri Ahmad. (2015, Ogos 29). Pembangunan sistem pengurusan pembelajaran. Diperolehi daripada http://eprint.utm.my//1921/1/pembangunan_sistem_pengurusan_penbelajaran.pdf.
🌈Mohd Azrinsyah, A.A, (2015, 11 Januari) Pengurusan Alam Pembelajaran. Diperoleh pada November 10, 2018 daripada https://prezi.com/kfa6tzvhhdjf/pengurusan-alam-pembelajaran/
🌈Suhaimi. F , (2014, 3, November) Pengurusan Sumber. Diperoleh daripada  https://prezi.com/qpuvvlucaqpt/pengurusan-sumber/

🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍🌍
SEKIAN TERIMA KASIH












Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 1-4 (Sosiologi, Teori Asas Sosiologi Pendidikan, Sosiologi Pendidikan dan Pembelajaran, Interaksi dalam Pembelajaran)