TAJUK 11-13 (Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin, Pengurusan Penasihatan Murid, & Pengurusan Pelbagai Budaya)

 Disediakan Oleh: CHRISTOPHER DATU ANAK DAMAT (D20212099104)


PENGURUSAN PEMBELAJARAN





TAJUK 11: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
⭐PENDAHULUAN⭐
    Disiplin merupakan satu latihan yang dialaksanakan bertujuan untuk membentuk tingkah laku yang patuh pada tatatertib.Tingkah laku pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu tingkah laku positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif merupakan keadaan tingkah laku di mana ia dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, tetapi sebenarnya tingkah laku tersebut mengganggu individu-individu lain. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, tingkah laku bermasalah positif dilihat pada keadaan murid yang nampak keterlaluan perasaan ingin tahunya, terlalu cepat belajar, pintar,cerdas dan proaktif. Keadaan ini juga adakalanya dipanggil hiperaktif positif. Manakala tingkah laku negatif pula merangkumi tingkah laku distruptif, distruktif, pengasingan diri, pergantungan berlebihan, agresif dan kebimbangan. Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, tingkah laku bermasalah negatif merupakan keadaan di mana murid mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara melalui tindakan-tindakan ataupun perlakuan-perlakuan yang mengganggu rakan dan guru ataupun merosakkan peralatan yang terdapat di dalam kelas.
πŸ’¦▶ISI-ISI PENTING◀πŸ’¦
    Antara aspek yang dibincangkan tentang  masalah tingkah laku dan disiplin murid. Masalah yang seringkali dilakukan oleh pelajar adalah buli, ponteng kelas, vandalisme dan sebagainya. Pada peringkat umur yang sebegini, mereka mudah memberontak dan terpengaruh dengan keadaan sekeliling terutamanya pengaruh daripada rakan. Masalah disiplin yang berterusan akan menjejaskan pencapaian akademik mereka. Sebagai murid, kita perlu mematuhi segala peraturan dan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

            Kedua adalah faktor yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin. Ianya berpunca daripada rakan sebaya, keluarga, masyarakat, agama, teknologi dan perkauman. Faktor kekeluargaan dan rakan sebaya sememangnya mampu mengubah tingkah laku pelajar menjadi lebih agresif seperti bergaduh, merokok dan lain-lain. Di sekolah, rakan sebaya cenderung cuba untuk mempengaruhi pelajar lain untuk merokok menyebabkan perbuatan ini semakin menjadi ikutan.

            Seterusnya, langkah menangani masalah tingkah laku dan disiplin. Pelbagai pihak memainkan peranan untuk memastikan pelajar tidak terjerumus dengan perkara-perkara negatif. Ibu bapa bertanggungawab mencorakkan sahsiah anak-anak sejak kecil lagi supaya mereka tahu membezakan antara yang baik dan buruk. Sebagai guru, pendekatan yang berkesan perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Masyarakat juga perlu lebih prihatin akan kegiatan yang dilakukan oleh pelajar di mana-mana sahaja.

            Akhir sekali, teknik modifikasi tingkah laku. Misalnya, dendaan, reverse psychology dan sebagainya. Teknik-teknik sebegini mampu mengubah sikap murid menjadi lebih baik.

πŸ’«PENUTUPπŸ’«

    Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam mendisiplinkan murid selepas ibu bapa. Hal ini kerana, hanya murid yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dianggap sebagai berjaya berbanding dengan murid yang mempunyai masalah disiplin.





RUJUKAN
ISU SEMASA


TAJUK 12: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

πŸ’¦PENGENALANπŸ’¦

Pengurusan Penasihatan Murid bertumpukan kepada tiga komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Pengurusan bermaksud satu proses sosial yang dibentuk dan disusun bagi mewujudkan kerjasama, penyertaan, penglibatan ahli-ahli dalam organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Pengurusan juga dapat didefinisikan sebagai proses merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan menurut James A.F Stoner & Charles Wienkel yang dipetik oleh  (Mohammad, 2008). Penasihatan pula bermaksud mengkehendaki suatu kebaikan untuk orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan atau tindakan, di mana seorang guru yang cemerlang juga memainkan peranannya sebagai penasihat kepada pelajarnya.

πŸ’§ISI PENTINGπŸ’§

Tiga isi penting yang dipelajari dalam topik pengurusan penasihataan murid adalah berkaitan dengan bimbingan, mentoring dan penasihatan. Bimbingan merupakan proses membantu orang lain membuat pilihan penting yang akan meninggalkan kesan ke atas kehidupan mereka, Akhiar and Shamsina (2013, p. 3). Pilihan penting ini termasuklah membuat pilihan cara atau gaya hidup yang dikehendaki. Ia dilalui secara berperingkat untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Matlamat akhir ialah untuk mengubah pemikiran, emosi dan tingkah laku yang lebih positif agar individu berkenaan memperolehi kesejahteraan dalam kehidupan mereka. Nasihat pula ialah sesuatu pengajaran, bimbingan atau cadangan tindakan yang baik bertujuan membantu seseorang agar individu berkenaan dapat menyelesaikan masalah ataupun memperbaiki dirinya. Proses penasihatan dan memberi nasihat atau bimbingan melibatkan pembangunan dan perkembangan psikologi individu. Nasihat atau bimbingan yang sesuai dapat membangunkan sifat-sifat baik pada diri individu dalam melaksanakan pelbagai peranan sosial sama ada dalam sesebuah keluarga, di kalangan ahli masyarakat setempat dan di tempat kerja.

Kedua-dua bimbingan dan penasihatan ini mempunyai proses yang sama yang dikenali sebagai proses bimbingan dan penasihatan. Proses bimbingan dan penasihatan melalui enam fasa, di mana pada fasa pertama guru perlu sedar akan peranannya sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Menerusi fasa ini, pihak pengurusan sekolah perlu menerima konsep ini terlebih dahulu sebeum memberi penekanan kepada para guru. Fasa kedua pula berkaitan dengan penguasaan kemahiran asas bimbingan dan penasihatan iaitu guru-guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas. Fasa ketiga adalah proses dalam mengenali pelajar, dimana pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan  penasihatan. Pada fasa keempat, proses membimbing pelajar dijalankan melalui tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara individu, bimbingan secara kelompok dan juga konsultansi yang melibatkan ibu bapa.. Seterusnya, pada fasa kelima penganalisisan penilaian terhadap pelajar untuk melihat keberkesanan perhubungan bimbingan dan penasihatan, dan pada fasa keenam tindakan lanjut akan diambil.

Mentoring adalah proses yang dilaksanakan oleh mentor terhadap mentee. Dalam konsep ini, mentor perlu membimbing mentee untuk menjadi individu yang mampu mengembangkan potensi diri, sikap dan memberi panduan kepada mentee dalam mencari arah panduan yang betul dan siapa yang boleh membantu mereka menyelesaikan sebarang konflik yang dihadapi, sama ada secara akademik ataupun personal. Menurut Eller et al. (2014), amalan komunikasi dalam program mentoring mampu meningkatkan keyakinan, kemahiran diri mereka dan memotivasikan mentee untuk melakukan pembangunan diri mereka. Hal ini demikian kerana, mentoring adalah bertujuan untuk memberi sokongan kepada individu atau pelajar supaya mereka dapat mengatasi masalah yang dihadapi supaya mereka dapat menguatkan dan membangunkan mekanisme baru yang lebih baik, dapat mengekalkan kawalan kendiri dan mengembalikan keseimbangan penyesuaian agar mereka dapat mencari tahap keupayaan yang lebih tinggi apabila keputusan yang diambil secara autonomi. Terdapat empat proses mentoring iaitu pada proses pertama ialah menjalin perhubungan, di mana masa diberikan untuk mengenali di antara satu sama lain supaya timbul rasa saling percaya. Proses kedua pula ialah merunding persetujuan, dengan wujudnya perjanjian bersama ini akan mewujudkan perhubungan yang harmoni. Manakala proses ketiga ialah perkembangan profesional mantee yang merupakan langkah utama mentoring kerana ia melibatkan fungsi dan peranan mentoring itu sendiri. Pada proses keempat, menamatkan perhubungan apabila matlamat tercapai.

πŸ’–PENUTUPπŸ’–

Secara kesimpulannya, bimbingan, penasihatan dan mentoring merupakan kaedah yang terkandung dalam pengurusan penasihatan murid yang boleh digunakan dalam proses membantu murid dari segi pembelajaran dan kehidupan. Kaedah pendekatan adalah berbeza ke atas setiap murid, maka sebagai seorang guru dan penasihat kepada murid, guru perlu bijak dalam memilih pendekatan dan mendalami masalah muridnya agar murid sedar kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang mereka.




TAJUK 13: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

 Pendahuluan

                Budaya sekolah merupakan kaedah penyusunan dan perancangan sesebuah kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Budaya sekolah ini lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan serta merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat. Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka.

Selain itu, budaya sekolah ini juga mengandungi pelbagai corak idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Menurut Kamus Dewan edisi ke-4 kepelbagaian bermaksud perihal pelbagai jenis manakala budaya pula bermaksud tamadun dan peradaban kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya). Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal dengan baik, seperti budaya belajar, budaya berpakaian, budaya hormat-menghormati dan budaya berpakaian dan sebagainya.

 Isi penting

Antara tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini adalah dapat mengetahui kaedah yang digunakan oleh cikgu untuk mendidik pelajar yang mempunyai penerimaan ilmu yang lemah. Kaedah adalah berbeza bagi setiap kelas. Sekiranya pelajar adalah lemah, latihan yang diberikan adalah mudah.  Antara kaedah yang digunakan adalah dengan menggabungkan pelajar yang lemah dengan pelajar yang pandai. Melalui ini, pelajar yang lebih pandai boleh membantu pelajar  yang lemah. Cikgu juga perlu menghabiskan pengajaran bagi setiap tajuk di dalam silibus, oleh it, cikgu perlu memberi perhatian yang tinggi kepada pelajar yang lemah. Contohnya, dengan memberi latihan yang berbeza daripada yang lain supaya pelajar ini tidak ketinggalan dalam sesuatu tajuk itu. Kaedah lain adalah dengan mendudukkan pelajar yang lemah di hadapan kelas.

Selain itu, dapat mengetahui Kaedah guru untuk menarik minat pelajar untuk belajar Melalui kaedah pembelajaran. SMK Ungku Aziz ini terpilih untuk menjalankan program TS25 (Transfomasi Sekolah) di mana semua guru digalakkan untuk menjalankan PAK-21. Ini dapat menarik minat pelajar kerana ia melibatkan kerja kumpulan,perbincangan, simulasi dan penggunaan teknologi. Kaedah ini membenarkan pelajar memainkan peranan masing-masing, dan cikgu hanya bertindak sebagai fasilitator. Selain itu, cikgu juga menggunakan kaedah ganjaran supaya pelajar lebih berminat untuk memberi perhatian terhadap pembelajaran di dalam kelas.

Akhir sekali, dapat mengeahui cabaran yang dihadapi oleh guru dalam menguruskan kelas yang mempunyai pelajar yang berbeza budaya atau kaum. Guru kena banyak main peranan. Pertama, guru kena tegas. Contohnya, pelajar cenderung untuk duduk bersama dengan kaum mereka sendiri. Cina dengan cina, india dengan india, dan melayu dengan melayu. Oleh itu, guru berperanan untuk gabungkan mereka dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai budaya. Cikgu juga kena berkawan dengan mereka dan bukannya bercakap buruk sekiranya mereka lemah atau kurang dalam sesuatu.

 Rumusan

                Kesimpulannya, guru haruslah mempunyai perancangan awal yang teliti untuk menguruskan sesi pembelajaran pelajar yang berlainan budaya. Bagi memenuhi tanaggungjawab ini, guru bukan hanya perlu memberi penekanan terhadap aspek bahan pengajaran yang dibawa ke dalam bilik darjah ataupun bilik darjah. Pendidikan dilihat sebagai saluran untuk menyampaikan ciri-ciri masyarakat dan kebudayaan ke dalam minda generasi muda. Oleh itu, guru perlu memahami atau menolong pelajar yang bermasalah dari segi tahap penerimaan ilmu atau personaliti mereka. Hal ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya.






BACA TAJUK LAIN




Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 1-4 (Sosiologi, Teori Asas Sosiologi Pendidikan, Sosiologi Pendidikan dan Pembelajaran, Interaksi dalam Pembelajaran)

TAJUK 5-7 (Multidisiplin dalam Pembelajaran, Organisasi dan Kepimpinan, Pengurusan Murid)